Thursday, October 7, 2010

Maggot Attacks

Huh...Nasib baik la, bangun pagi tadi, lampu x terus bukak.
And, nasib baik la, bukan aku yg kena kemas toto perbaringan [dah 4 malam tido luar kerana bau bangkai kucing kat siling bilik].

Mana tak nasib baiknya, En. Suami tiba-tiba call, [nasib baik tengah berenti merehatkan diri kat tol Bangi pagi tadi], ada ulat bangkai kat bawah toto tido kitorang. Yeww!!!

Pastu, boleh dia pelik2 macamana maggots tu leh ada dalam umah kan..
Isyy...aku pun wonder gak. Kucing tu, mati dalam umah ke, kat atas siling nih?
Harusla disiasat. Ada kemungkinan tak, selama kini  anak kucing tu dalam bilik kitorg? Err..........[blank].

Then, baru teringat satu perkara yang aku penah komplen pasal umah tu, and suami aku buat tak tau jer...Plaster siling dia ada lobang sket kat bucu. Dia kata.."alah..sikit jer tu"

Aku ni, memang over suspicious sket benda2 atas siling ni. Macam-macam la aku leh bayangkan. Ada orang ngintai la, ada anak ular la..kot2 tiba2 bangun tido, ular dok sebelah kita la...hissyyy simpang malaikat berapa banyak. Dia biasala, dengan konfidennya, sebab pakai plaster siling, mende2 tu, xleh nak terjah kitorg dlm umah.

Tup..tup..pagi tadi, yg masuknya, ulat bangkai. Harusla dia setuju dengan kecurigaan aku selama kini kan...heh..Lepas ni, pasti la ada usaha nak baik pulih siling tu kan..yeayy...Ada gak hikmahnya kejadian ini...

No comments:

Post a Comment