Wednesday, October 27, 2010

Udang Masak Lomak

Meh..meh..nak kongsi resepi..
Sapa2 yang dah pandai, tak payah la kisah sangat kan..
Ni nak kongsi masak lomak orang negeri sembilan.
Resepi my MIL..

Bahan2:
Udang galah (segar, bersih dan tangkap sendirik hehehe)
Cili Api (makesure yang pedas)
Kunyit
Serai
Asam keping
Santan (yang pekat punyooo).
Tapi, santan ni, saya pakai yg kotak punyer jer. Pandai2 la adjust bagi dia tak cair...

Bahan2 ditumbuk: cili api + kunyit
Ini rupanya...konvensional...

Jangan lupa tumbuk (ada org kata titik) serai...

Lepas tu, MIL saya guna istilah keringkan udang..
Tapi, keringkan di sini maksudnya...
Yaa...letak je udang tu dalam periuk bergaul dengan bahan2 tumbuk
Nak letak sekali serai pun boleh..macam saya buat...
So, terbalik-balik kan udang tu...bagi rata.

Dah rata kering udang tu, masuk la santan..(kalau perah santan, biar pekat punya)
Ikut gak citarasa kan...ada org suka tak pekat..
Kalau pakai santan kotak, saya letak air + asam keping
Lepas tu, baru adjust santan. So, awal2, tak payah letak air banyak2
Kan...dah bergenang tu...santan ni lum pekat lagi..
Sikit2..Lum pro lagi...Perosak ada la..haha
Lastly, tambah la apa nak tambah..saya tambah terung telunjuk @ terung tikus
Make sure, terung tu betul2 lembut, baru leh makan dgn penuh perasaan..
Kalau ada rebung, letak rebung, sedap juga...yummmm!!!
Kalau dapat udang segar, cepat2 la masak...memang heaven...

Hnsssssss *kembang idung*..My mother must be proud of me...
My MIL must be proud of me too...hehehe..feveret anak dia maaa...

Monday, October 25, 2010

Tandas Awam

Saya sebenarnya sibuk...dan kusut..dan kalut...
Tetapi, saya nk menyelit sesi berbelog nih kerana tadi saya baru keluar dari tandas..
Dan apa yang berlaku sebenarnya dah banyak berlaku di tandas2 awam di merata tempat yang saya dah pergi.
Tak kiralah, tandas kat supermarket yang kononnya banyak golongan elit pergi...
Ada juga di tandas2 awam lebuh raya..
Ada juga tandas awam majlis daerah...
Dalam tandas rumah persendirian jer saya lum jumpa keadaan nih..

Orang masukkan tisu tandas dalam mangkuk or lubang tandas...
APAKAH????
Kenapa org buat macam tu ek?
Memang la dah guna tisu tu. Tapi, bakul sampah kan ada???

Terperanjat kot dengan tandas tu yang boleh flush automatik...
Terus tercampak tisu tu dalam mangkuk tandas...hmmm

Ni nak tunjuk satu toilet yang sedikit old school tapi, cantik dan kemas [dari luaran. Dalam dia mak saya kata ok]
Sekali pandang, tak macam tandas pun yer...

Tandas di Stesen Keretapi Gemas
Diambil masa saya hantar Mak, Ayah, Adik naik Ekspress Rakyat ke Pulau Pinang
16 September 2010

Sunday, October 24, 2010

Hari Yang Sejuk

Hari ni, hari Ahad...
Hujan turun dari malam tadi [tak ingat sejak pukul berapa]
Dan berterusan sampai petang..
Nak ikutkan, semalam dah rancang hari ni nak kuar, pegi window shopping..
Tapi, as usual..kalau WS sesorang, boring la..so, in the end, jadik couch potato jer..
Hari ni, berjaya masak asam pedas. Tapi, sebab takde ikanyg sesuai, masak asam pedas ayam jer..
Hmmm...kalau ada mi siput kan bes...leh makan mi siput dgn asam pedas....huhuhuhu...sedappppnyaaaa....
Rumah pun, lebih kemas dari biasa..Petang ni, kena jugak kuar ada urusan...Nak tengok sample t-shirt..
Huhhh...Isnin sok, kelam kabut lagi..urusan pakej tak setel lagi..
Ok...here we go...

Sampai hati si polan ni, dah la dia tak luluskan lagi pakej aku yang dah aku hantar sejak bulan lapan dulu, boleh dia cuti...PTD really suckss...
That's all that I could right now..
Aku memang tgh nyumpah2 dalam hati nih...
Kalau la aku boleh tadah kata2 pujangga yg aku nak sampaikan orang yg berkenaan ni, mmg dh berbakul2...

Tak payah lah cemarkan ruangan indah ni dengan perkara2 tak manis nih...hehehe

Makcik sebenarnya cemas...anyway, I miss my hubby too...

Thursday, October 21, 2010

Sebelum Dia...Match-Making punya hal

Ni sajala saya nak citer kisah-kisah match-make yang saya sendiri lalui.
Takdela menarik sangat tapi, just untuk kongsi cerita sebab rasanya macam seronok dapat kongsi dengan kawan2..So, sapa2 yang rasa menyampah / tak suka / meluat / rasa nak termuntah dll, sila...saya silakan secara baik...beransur lah yer, dari page ini..Patik tidak memaksa sesiapa untuk membacanya...
Kepada yang nak membaca...silakan...

Alkisah, aku ni, tak ada couple. Bila balik kampung jer, biasalakan...org kampung dah nampak kita ni lanjut benor umurnya, tak kawen lagi. Usahkan nak menyebut kawen, boipren pun tak ada lagi..
Yang havoc nya, makcik2..Mak aku tak de hal punya. yang penting, keje, dapat duit. Kang kawen, duit tak ada lagi haru...kan...

Makcik aku yg sorang ni, memang suka match making. Dia rasa tak sedap hati kalau ada orang keliling dia yang tak kawen2..

Match-Make yang Pertama:
Ini, anak murid punyer kejer la ni. Di baginya nombor aku kat abang dia..
Kejer engineer. Dekat jer. Overall, ok laa...tak der pulak negative side kan...manusia mana ada sempurna. Kita pun bukan hebat sangat..Bila dah kenal, baik macam kawan2 pulak. Xleh pegi lebih dari tu..Hehehe...
Actually, bila dah makin lama kenal, mmg tak ngam ar kitorg. Dia kata aku baik sangat ..[ada ke??] Ellehh...kalau dah taknak tu, cakap je la taknak kan...Yg penting, aku pun x mengharap kat dia nih. Kawan aku jer yg sibuk2 tanya..haiyyyaaa...

Sebabnya, dia tu ada style..Macam tak masuk jer dgn aku yang selebet ni. Err...Ada yg tak kena la...hahahahha. Pastu, aku kononnya nak match kan dia dgn sorang minah sama tpt kejer ni, tapi, x jd jugak...lagi haru.

Matchmake ke-2:
Kawan tempat keje aku yang kenalkan. Tula, aku yang gatal2 mulut announce lum ada boipren. Dia dgn jujurnya terkejut, aku takde boipren, terus nak kenalkan dengan budak nih. Tapi, alamak...umurnya muda setahun..Aku pun, dengan separuh hati go on je. Jaga hati kawan. Mana tau, hensem mcm Keanu Reeves ke..hahahaha...
So, no. phone aku dah disampaikan. Tak ingat2, tak tunggu masa, terus jer dia set nak jumpa. Aduiii...masa tu pulak kebetulan aku bz..ada kursus la, mcm2. Dia insist jugak nak jumpa. Budak ni, belum apa2 lagi, dah hanginkan aku satu badan. Macam bad omen jer...So, akur juga, jumpa malam, bertiga [aku ditemani kawan aku yang prekenalkan kitorg].
Dipendekkan cerita, mula2 borak, ok...Pastu, ada slect dalam perbualan [tak perlula aku detailkan dialog] kitorang. Dia punya lawak, aku tak leh blah ar...Muka boleh tahan, macam hindustan, hidung mancung.. Tapi, menyakitkan hati aku. Ada ke...harga makan malam tu yang seciput RM5 [jer], disuruhnya aku yg bayar. Memang nak kena reject mamat nih..Sakit kepala aku menahan marah malam tu. Balik2 jer, tak sempat aku nk hilangkan sakit kepala dan sakit hati, dia call.."macamana? Jumpa dah jumpa, hati macmana?"
Hek elleh...aku tengah hangin ni, nak tanya hati pulak. Pigi dahhh...tapi, ia hanya berkumandang dalam hati. Yang akujawab cuma, "bincang esok leh tak? Saya sakit kepala la.."
Esoknya, tak sempat aku pegi kerje, dia dah call, tanya pasal hati. Aku jawab:
Hmm...macam nila..kalau nak berkawan, saya tak de masalah. Tapi, kalau nak lebih dari tu, tak boleh
Kenapa? Kenapa tak boleh?
Takde chemistry la. Saya tak rasa kita sesuai.
Kenapa pulak tak sesuai?
Adduiii...budak ni taknak paham ke, memang tak paham bahasa?

Apasal pulak? Apasal tak leh lebih dari kawan?
Sebab awak tak matang..hambik ...aku dah tak tau nak cakap cara baik macamana lagi. Alasan2 di atas tak memberikan kesan. Bila aku bagi jawapan tu, baru dia paham tapi, sebenarnya, lagi dia takleh terima.
Selepas itu, berjela2 msg dia mempertikaikan penilaian aku terhadap kematangan dia. In the end, aku wat tak tau jer...Last2 dia paham jugak kot...hohoho...

Matchmake ke-3:
Jiran aku la yg excited ni..Ada cikgu kat melaka yang tgh carik calon isteri.
Dia pun, mintak izin bagi nombor aku kat cikgu nih. Akupun izinkan...
Latarbelakang nya yang disampaikan kpd aku: Tengah buat master, dah lama kerja, dah ada kereta.
Tup..tup...satu pagi, aku dapat sms:
Salam..saya kawan si polan, kalau nak tau maklumat dia, pegila website UKM bla...bla...bla...
Aku tak hingat dah apa yg ditulis sebab aku rasa mcm tengah baca iklan offer jawatan suami kat dalam surat khabar or dlm website...
Hisshhh...ko nak kenal ke, aku yg nak kenal ko? Apsal lak aku nak kena berusaha sangat pegi internet, tengok maklumat ko? Tak sudah2 betul...Malas aku nk g tengok kt internet..Pg Mam*** laaa...

Pada hari kedua, aku dpat 1 lagi sms: Salam...saya si polan. dah tengok maklumat saya kat website?
Jawapan aku: Belum.Tak pegi opis lagi, nak buka internet..
Kenapa? rumah U tak ada internet ke?
Haah...*rumah saya cikai jer*..[ayat tambahan dalam hati]. Awak org mana? [aku bertanya nak ice breaking la ni...sembang2, kenal2]
Takpela, nanti tengokla maklumat saya dalam website tu.
Cisss...bedebah!!!!
Rupa-rupanya, seramai2 org tolong carikan untuk dia. Byk kaki dia pasang sekitar melaka tu...sampaikan makcik aku yg kat pasoh tu, pun boleh nak match-make, padahal orgnya sama...apparaa...

Dan, selepas aku tengok website tu, aku memang takde rasa nak berkenalan dengan lebih lanjut. Sebabnya, tengok gamba, nampak mcm cengil dan sombong jer. Ditambah pulak perawakan yang ditonjolkan ketika berkenalan melalui SMS yang tidak menyumbang satu maklumat pun.
In the end, bila dia tanya, dah tengok maklumat dia? Aku jawab Ya..
Then, aku dapat panggilan...Macamana kita? saya taknak main2. Kalau sirius, kita on?
Heh????On? Apa? Ada butang on off ka?
Aku pun, jawab...Takpelah...saya tak bersedia lagi. 
Senang jugak kan...daripada layan si tak matang dan tak mumayyiz tu...takyah terang panjang lebar...hehehehe

Itula serba sedikit pengalaman diperkenalkan dengan orang. Aku ni takla perfect, dan masih tertakluk kepada adab dan tatasusila..hehehe...Bukan nak memilih tapi, kalau dah hati tak mau, macam2 alasan nak menolak. Rupa bukan segalanya, tapi...apa ek? aku pun tak tau faktor2 sebenar. Yang aku tau, bila sampai masa, Allah akan mudahkan urusan. Walaupun belum tentu pilihan kita tu tepat, tapi, kita cuba yangterbaik dari keputusan yang kita buat...InsyaAllahhh...

Laki aku jugak yang macho...Nak kawin tak dengan abang ni? Soalan maut....

Kalau Hidup Nak Nyusahkan Orang...

I temper dalam seminggu dua ni..
nasib baik drama berakhir dengan baik..
Alkisahnya, pegawai yang menguruskan permohonan buat pakej ni..
Awak tu, sepatutnya, membantu orang, bukan nyusahkan orang.
kalau la nak follow the book sangat, follow la betul2...Bagi buku tu skalik kat kita yang tak tau apa2 ni...
*sighing*

Urusan kita yang sepatutnya, lebih awal lagi dah setel, x setel2 jugak. Dari minggu lepas lagik..dok query.
Satu...satu di query...Hello, ko buat keje ke idak ni? Aku dah antar sejak sebulan lagi, ko baru nk query. itu pun, sebab kitorg pg push...*special thanx to my colleague*

Manusia ni, memang la...kalau ada kuasa tu, esp kalau dia yg sain bg lulus or tak lulus, mula la...macam2 karenah. Yang aku dok pelik sangat2 tu, pakej bulan tujuh haritu, dia jugak yang luluskan. Takde pulak minta bukan2. Yang aku mohon ni, pulak dia mintak waran itu la, nombor kad pengenalan la.. mentang-mentangla, haritu, org laki2 yang mohon...dia pun kekwat la  [sangkaan buruk aku semata-mata].Aku check dalam pakej lain, takde pun jadah2 tu sumer...Hanginnn....Macam la, duit yang nak diluluskan tu, duit poket dia or, duit bahagian dia...Oppss..itu duit kerajaan...yer...saya akur...tapi, program tu buat untuk pelajar kita jugak...anak2 kita. Bukan la aku buat program tu untuk aku bersantai2 kat tepi pantai, berlari2 di gigi air...hnssss....

Actually, aku pun hinsap (insaf) atas kejadian ini. Pengajarannya, we could not expect that everything could go on smoothly every time. Macam-macam masalah akan timbul sebab kita keje dengan manusia. Semoga Allah memaafkan segala salah-silap aku memaki hamun mereka2 yang berkaitan dan juga memaafkan kesalahan dia kerana menyusahkan kerje org lain....huhuhuhuhu...kena mintak maaf ke???

P/s: permohonan yang aku hantar dari bulan 8 lum lulus lagi, amacam?

Wednesday, October 20, 2010

Cerita Untuk MakTeh

Ini cerita untuk Mak Teh..
Seharusnya, ini cerita pasal adik saya yg konvo..Tapi, sebab ada org enterframe 'bbaaaaaiiik' punya, maka, cerita tentang PakSu tenggelam...hahahaha...

Sebelum tu, mari hayati kejayaan Pak Su menamatkan pengajian ijazahnya...Tahniah Pak Su...

Dalam banyak2 anak sedara (empat je ponnn), sorang je yg berjaya berkongsi kegembiraan Pak Su..
Bang Chik ni plak, dah pandai bercakap dan pandai pikir macam2...

Cerita untuk Mak Teh bermula begini...
Mak Ngah mengheret Bang Chik, nak mencari Atuk, nenek dan Pak Su yang baru keluar dari dewan..
Dalam sibuk2 tu, Bang Chik pun bertanya...
Mak Ngah, kita nak pegi mana?
Nak cari Atuk dgn nenek..
Atuk pegi mana?
Atuk pegi tengok Pak Su.
Pak Su pegi mana?
Pak Su amik hadiah..
Haa???ADIAH?..senyap seketika sambil berfikir2..
Heiii!!!Baby Alia kan mak Teh punya! Mana boleh ambik la!
Heh???Apasal masuk citer Mak Teh pulak nih?
Laa...bukan Alia la Bang Chik...HAA-DII-AHH...
Ha-di-ah? Masih lagi berfikir2...

Aduiii...

Tuesday, October 19, 2010

Coffee intolerant...Badan dah seasoned ke?

Sad to presume that I can no longer tolerate coffee..
What the h***...

Entahla..sejak bila pulak takleh minum kopi..
Actually, it was not yet proven..It was just my assumption..
A few weeks back, I drank coffee every morning or occasionally..
Yeah..I need coffee for a morning boost..[travelling 50++ km each morning, I really need coffee..]
And then, after a while, I got itchiness at a few parts of my body...disturbing as h***.

Tergaruk2 macam hapa...pastu, pantang la berpeluh sket, lagi haru...
Discharge [org pompuan harus la faham kan], berleluasa...Tak selesa and cloth consuming lagi...
Then, try mandi kat paip yg berlainan pulak..hahaha...macam la memberi perbezaan..padahal, dari tangki yg sama...
Then, tukar a few habit yang kononnya lebih hygiene...Pun, tak jalan..

Then, baru la terfikir, it might be something that I ate or drank..So, yg menjadi habit adalah kopi...
Try tukar kopi kpd teh...wallaweiii....Ianya berkesan!!!

Discharge terkawal. Gatal2 pun tidakla serupa org tak mandi sebulan kan...Haiyooo..
Tapi, kesan sampingan minum teh pulak, perut aku jadik kembong...
Jangan main2 oooo kembong dia...sakit pinggang2..sakit2 badan...haruuu...

Anyway, wondering gak ar...selama kini, sejak aku kecik lagi, aku minum teh...Takde pulak kembung. memangla, sebelum ni, org selalu kata, minum teh angin la..bagai2...Tapi, sebelum ni, takde pulak aku kekembongan minum teh..Aku try dua hari, memang kembung. Pastu, bila tak minum, elok pulak fisiologi badan aku...

Parah ar...kalau kat kedai, aku mmg tau mintak teh tarik or teh ais. Selain teh, yg aku pandai, mintak jus..mahal la wei...Apa pasal eh, badan dah season ke?

Huhuhuhu....nak kopi..Or, Harus tukar jenis kopi jer? Skang ni aku minum kopi 434. Maybe lepas ni harus minum kapuccino ke, kopi mexico ke, brazil ke, kan...hehehehe

Monday, October 18, 2010

Maggot Attack...Ends...

At Last...We slept on bed...yeahhh...
Tetapi, menjadi amat malas nak bangun...hahahaha..
Smelly2 pun ada gak saki baki..

Sudah beberapa hari tido tak nyenyak..
Maklum la...nak menanggung tugas orang, dan nak selesaikan tugas sblm merantau jauh ni...
hehehehe..Macam lain pulak isi entry dgn tajuk ni kan..

Rasa mcm syahdu pulak nak pegi jalan2, tinggalkan hubby sorang2...
Hmmm...ok la tu...dia pun penah gak tinggal aku pg mancing kan...hehehe..
Lagipun, I pegi seminar *wink*...

Saturday, October 9, 2010

Maggot Attack...Cont

Day 7...
Smell subsided, but it gets into the head more quickly than usual.
Still camping on front of the TV.
Rainy day continuously...each evening.
A maggot appeared while I was straightening the toto..a very healthy one...yewww!!!
Hope tomorrow will get better.
Luckily, I won't be home for 3 days..

Thursday, October 7, 2010

Maggot Attacks

Huh...Nasib baik la, bangun pagi tadi, lampu x terus bukak.
And, nasib baik la, bukan aku yg kena kemas toto perbaringan [dah 4 malam tido luar kerana bau bangkai kucing kat siling bilik].

Mana tak nasib baiknya, En. Suami tiba-tiba call, [nasib baik tengah berenti merehatkan diri kat tol Bangi pagi tadi], ada ulat bangkai kat bawah toto tido kitorang. Yeww!!!

Pastu, boleh dia pelik2 macamana maggots tu leh ada dalam umah kan..
Isyy...aku pun wonder gak. Kucing tu, mati dalam umah ke, kat atas siling nih?
Harusla disiasat. Ada kemungkinan tak, selama kini  anak kucing tu dalam bilik kitorg? Err..........[blank].

Then, baru teringat satu perkara yang aku penah komplen pasal umah tu, and suami aku buat tak tau jer...Plaster siling dia ada lobang sket kat bucu. Dia kata.."alah..sikit jer tu"

Aku ni, memang over suspicious sket benda2 atas siling ni. Macam-macam la aku leh bayangkan. Ada orang ngintai la, ada anak ular la..kot2 tiba2 bangun tido, ular dok sebelah kita la...hissyyy simpang malaikat berapa banyak. Dia biasala, dengan konfidennya, sebab pakai plaster siling, mende2 tu, xleh nak terjah kitorg dlm umah.

Tup..tup..pagi tadi, yg masuknya, ulat bangkai. Harusla dia setuju dengan kecurigaan aku selama kini kan...heh..Lepas ni, pasti la ada usaha nak baik pulih siling tu kan..yeayy...Ada gak hikmahnya kejadian ini...

Wednesday, October 6, 2010

Trouble is a Friend..

This kind of friend stinks!

It started a fortnight ago. When the first time, I heard a commotion up in the ceiling, I thought it was a snake or something more terrifying...a thief!!! And then, there was scratching, walking and then, miowing..Then, I know that a cat chose our ceiling as its labor room. Huh...what a flattering gesture.

I wasn't fretting but my concern was that those kitten might die of a few causes that I could think of:
  • Heat
  • Snake
  • Injury of hitting to something hard (newborn kitten is fragile, clumsy and couldn't see clearly esp in dark).

But, what to do? We hoped that they'd survive the heat and darkness. Until last Sunday, after coming back from Pilah, we smell something, in our bedroom..ieww!!!
The first thought that came to my mind was...God! The kitten died. I told my husband my assumption and he denied it because, by having plaster ceiling, it should be odour proof.

After day 2 in the morning [note: we slept in the hall], he agreed to my theory..furthermore, there were no more scratching and mieowing. Maybe, the cat incidentally left her kittens or, the kitten hit itself in the dark. Poor kitten. My heart goes out to you, but my nose could not help the smell. And for us, we just hope that the day would be sunny and the heat would quickly help the carcass dry and the odour subsided.

After this, I would certainly insist my husband to mend the roof. So, no more smell to bear..no more meowing above our head and no more suspicions...huhuhuhu

Friday, October 1, 2010

Memutus silaturrahiim..

Kisah berlaku adalah kisah benar..Tiada yang tidak benar, melainkan benar belaka...

"Sepasang suami isteri terpaksa berpisah (bercerai) kerana kehendak ayah (si perempuan). Kerana apa? Kerana si menantu dan bapa mertuanya berbeza parti politik. Ayah mertua dia tak suka. Dah bercerai, satu hal la pulak. Anak diorang dah tentu la si emak yang jaga. Atuk dan nenek belah ayahnya rindu sangat dengan si cucu, maka pergila  mereka datang melawat. Alhamdulillahh...pintu dibuka. Tetapi, tidak dijemput masuk. Buat muka tebal, masuk je la..jemput diri sendiri. Duduk pun di atas lantai. Tidak dibawa ke ruang yang ada kerusi. Dan dihidang air mineral..Ya...saya faham...Nak menjaga kesihatan. Si suami, nak jumpa anaknya, bukan main susah. Terpaksa merayu si isteri, jumpa di luar, baru boleh dapat jumpa anak"

Itu kisah benar. Melayu dengan Melayu. Islam dengan Islam. Hanya kerana parti politik berlainan, adakah kita layak memutuskan silaturrahim anak dengan ayah, suami dan isteri, datuk dengan cucu, islam dengan islam?

Tupperware Katalog 7/2010

Akhirnya, saya dapat juga paparkan gambar ni...


Antara kempen yang menarik adalah set Snowflake Surprise berikut:




Untuk paparan lebih lanjut, sila ke http://bingj.blogspot.com/

Nak Balik ke Tak?

Saya konpius..
Rasa macam nak balik kampung tapi...
Bajet maaa...strict budget nih. Almakluma...dah berangan2 nak menyejukkan diri ke UK next month.
Lagipun, minggu lepas dah balik...Minggu depan, nak balik lagi..Adik pulak konvo..Dia dah sound suh pegi..
Kononnya dulu saya konvo dia datang...Lagipun, dia konvo ijazah sekali jer...memang la saya nak pegi.

Akan tetapi, kalau saya balik minggu ni, suami x dapat ikut sekali. Hmm..
Kerja beb!!! Actually, next week pun dia takleh ikot.
Nasib la, kawen dgn org bukan gomen ni. Hujung minggu pun kena jadik penyelia.
So, balik tak balik?

Kalau balik, leh bawak stock tupperware yg org order...leh dapat duit..
Hehhh...Pastu, leh potong baju, jahit baju.
Amacam? Banyak berat ke balik jer nih...
Kalau x balik? Leh pg jamuan raya umah org...Leh berehat-rehatan..leh jimat duit..Jimat minyak.
Hmm...

Lama dah x jalan2 rumah kawan...Rasanya, aku tak beraya lagi mana2 umah kawan pun. Not even 1!!! Haiyyoo...

Tupperware Katalog Baru

Posto!Posto!

Jeng..jeng..jeng..
Tupperware katalog baru (7/2010) akan bermula 1 Oktober - 13 November 2010.
Siapa nak order dgn saya boleh ajer...

Oh..ya!..Kalau anda bukan ahli Tupperware, dan nak beli dengan harga diskaun ahli (less 20%), ada dua pilihan:
  1. Jadi lah ahli, bagitau saya, then saya akan uruskan. Kalau nak hadiah jadi ahli, bayar RM60.00 then, dapat goodies sket.
  2. Kalau taknak jadi ahli (sebab dah jadi ahli banyak sgt persatuan atau anda mmg malas nak membayar yuran keahlian), boleh ke mana2 kedai Stockist Tupperware, dan gunakan nombor ID Consultant berikut:
  • 345841 (Zuriati)
  • 345840 (Siti)
Ok...satu masalah. Saya sebenarnya nak letak gambar berkaitan di sini. Tetapi komputer saya buat hal, xleh nak upload gambor. Nanti dah boleh, I'll let u know...manyak yg comel2 dlm kempen kali ni. Yeahhh!!!